PAMERAN ASTRO FOTOGRAFI

PAMERAN ASTRO FOTOGRAFI


PENGENALAN

Kompleks Falak Al-Khawarizmi giat memainkan peranan dalam usaha mendekatkan masyarakat dengan ilmu falak. Di antara usaha yang dijalankan adalah program pendidikan ilmu falak. Salah satu aktiviti yang dijalankan ialah Pameran Astro Fotografi.

Pameran ini dijalankan dengan kerjasama dari Agensi Angkasa Negara (ANGKASA). Pameran ini telah diadakan oleh ANGKASA di Planetarium Kuala Lumpur pada Jun hingga Ogos 2009 sempena Tahun Astronomi Antarabangsa (IYA2009).

Bagi meluaskan penyebaran maklumat, pameran ini dibawa keluar dari Kuala Lumpur untuk faedah orang ramai terutamanya di Melaka. Oleh yang demikian, Kompleks Falak Al-Khawarizmi telah mengambil inisiatif untuk mengadakan pameran ini.

Pameran ini mempersembahkan keindahan alam semesta ciptaan Ilahi yang dirakamkan oleh amatur, penggiat dan profesional falak tanah air.

OBJEKTIF

1. Menimbulkan minat dan kesedaran masyarakat terhadap ilmu falak atau astronomi.

2. Mengetengahkan imej-imej astro fotografi yang dirakamkan oleh amatur dan profesional falak atau astronomi tempatan.

3. Menghayati dan menghargai keindahan dan kesempurnaan alam semesta yang diciptakan.

TEMPOH DAN LOKASI PAMERAN

* 15 Mac 2010 – 1 Jun 2010
* 9.00 pagi – 4.30 petang
* Galeri Pameran Balai Cerap dan Planetarium Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka.

Pameran ini dibuka setiap hari kepada umum kecuali pada hari Isnin dan cuti umum. Maklumat lanjut sila layari http://www.khawarizmiobs.com

MAKLUMAT BAHAN PAMERAN

Imej Plenari :
Imej-imej planet seperti Zuhal, Musytari, Marikh dan lain-lain

Objek Messier :
Objek-objek samawi yang telah dikatalogkan oleh ahli astronomi Perancis pada 1784 seperti galaksi, nebula, gugusan bintang dan lain-lain.

Komet :
Komet adalah ahli sistem suria yang kecil dan mengorbit Matahari.

Asteroid :
Jasad pepejal atau batuan kecil yang mengelilingi Matahari. Kebanyakan asteroid terletak di antara orbit Musytari dengan Marikh.

Nebula :
Nebula adalah jasad samawi yang terdiri dari gas di antara bintang- bintang, debu-debu dan plasma yang memenuhi kawasan yang amat luas.

Hujan Meteor :
Meteor ialah coretan cahaya apabila batuan angkasa (meteoroid) terbakar apabila ia memasuki ruang angkasa. Apabila jumlahnya banyak ia kelihatan seperti hujan cahaya meteor di langit.

KESIMPULAN

Pameran astro fotografi yang julung kali diadakan di Melaka ini memberi peluang kepada orang ramai untuk mengenali objek- objek langit dan memberi maklumat yang berguna kepada para
pengunjung.

Adalah diharapkan bahawa pameran ini dapat memberi pendedahan kepada masyarakat untuk meminati dan memahami sains secara lebih dekat lagi.

About TRO

be healthy with hydroponics

Posted on April 14, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: